11.08.2012

Tribal Halloween Genting


    Alright guys, mungkin dah lama aku tak menulis dekat sini.. hmmm,,, kali ni aku ingin menulis tentang pengalaman aku di Awana Genting Long House. Actually, aku telah menyertai sebuah peraduan untuk menyertai sekumpulan blogger bagi menikmati suasana disini. Aku ingin mengucapkan berbanyak Terima Kasih kepada Syarikat Nuffnang Sdn Bhd kerana telah menaja kami sepanjang perjalanan disana.



Awana Genting Long House
(Ini adalah gambar yang di download dari google image..)


    Okay, apa yang menarik dekat sini. First, bila kali pertama aku jejak kaki dekat sini, aku rasa fresh gila sebab udara dekat sini sangat segar dan paling aku pelik, aku tak pernah sampai dekat sini. Rupa-rupanya kawasan ni sebenarnya terpencil ke dalam dan berdekatan dengan Hotel Awana Genting Resort. Menurut pengurus dekat sini kata, Awana Long House ini sebenarnya tempat yang amat sesuai sekali untuk menjalankan aktiviti-aktiviti advanture. Sebabnya kawasan disini memang telah tersedia pelbagai aktiviti yang sungguh menarik antaranya Treasure Hunt, Night Walk, Junggle Tracking dan banyak lagi la. Okay, aku tak nak la cerita panjang pasal sejarah tempat ni. Boringg...



Rajawali Restraunt



    Nampak macam menarik kan.. hmmm ini adalah hidangan makan tengahari untuk aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Memang best gila sampai dekat sini, memang aku tidak jangka dekat restaurant ni terdapat pelbagai jenis makanan yang telah dihidangkan disini. Serious puas hati beb, tapi apakan daya nafsu aku time ni tak kuat sebab tak selera dan sakit perut,haha... tapi apa-apa pun memamg puas hati la makan dekat sini.



 Awana Long House, Suasana Petang.

    Kira-kira 6.30 p.m, korang tengok la sendiri. Sebenarnya kabus yang datang dekat sini bukanya kabus, tetapi awan yang selepas turunya hujan kata pengurus sini la. Memang waktu ni sejuk sangat, menggigil dibuatnya. sejuk-sejuk macam ni, aku dengan blogger lain turun pergi makan dekat Restaurant Ikan Bakar yang berdekatan dengan Long House ni. Kami semua dihidangkan jamuan makan yang begitu enak dan lazat.

belum habis lagi, ini baru part 1....... ada lagi cerita menarik yang belum aku ceritakan..

jumpa lagi guys,, cheers :)

Kimsyaf@Syafiq ismail.............................................................................................




10.26.2012

Applikasi Genting di Android!




Kepada mereka yang memperolehi Smartphone jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri aplikasi Android Genting di Smartphone anda.

Apa keistimewaan yang bakal anda rasai menggunakan aplikasi ini?

Key Highlights
Ketahui aktiviti terbaru yang diadakan di Genting, termasuk persembahan yang menarik dan lihat sendiri pakej-pakej yang ditawarkan kepada ahli Genting dan juga pelawatnya.

My Account
Anda boleh semak sendiri profil keahlian anda dengan Genting dan Worldcard points anda secara mudah.

My Planner
Alat perancangan yang disediakan sangat berguna untuk pelawat Resort

Other Features
Dengan apilkasi ini, anda akan paling mudah untuk mengetahui promosi terbaru untuk Hotel, Theme Park, dan event Genting.

 Gempak kan? Apa tunggu lagi, download aplikasi sekarang dan rancangalah perancangan anda ke Genting.

Snow World Baru Genting Highlands!


Pernah dengar tak berita mengenai pembukaan Snow World baru di Genting Higlands?
Dikatakan banyak perubahan yang dilakukan oleh Genting untuk pelangannya merasai musim sejuk yang hampir sama di luar negara sana.
Tak sabar rasanya untuk aku merasainya sendiri

Apakah perubahan yang dilakukan oleh Genting?

1. The Winter Downtown + World Heritage Concept

Nampak tak gambar di atas? Seperti itulah yang anda akan dapat rasai nanti. Anda akan merasai seakan-akan berjalan di Itali, Perancis, Sepanyol dan England kerana pelbagai gabungan kedai dan bangunan yang dibina di sini.

2. LED Light Animation Scheme



Kehebatan lampu yang dipasang di dalam Snow World ini mampu menggubah siang kepada malam dan anda akan merasai perubahannya seakan-seakan anda berada di luar negara.

3. The lookout point

 Akan terdapat banyak posisi yang menarik untuk anda mengambil gambar sebagai kenangan, terutamanya di Istana di mana anda akan dapat melihat keseluruhan Genting Highland ini.

4. Warm House


Terlalu sejuk untuk berjalan? Jangan risau, anda boleh memanaskan kembali badan anda di dalam rumah panas yang disediakan ini. Anda pasti akan berasa tenang.

Jadi berapakah harga yang perlu anda bayar untuk merasai pengalaman ini?

Ticket price is inclusive of jacket, boots, gloves and all sizes are subject to availability.
Category
Normal (RM)
Genting Rewards Card (RM)
Adult
25.00
23.00
Child / Senior Citizen
23.00
21.00
 
 Jadi jangan lepaskan peluang. Ambillah kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan merasai pengalaman baru.

...