Hye semua.., Saya ahli baru didalam blog ini.. Nama sebenar saya Syafiq bin Ismail yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Saya merupakan pelajar Uitm Shah Alam, Kampus Puncak Perdana dan saya mengambil Kos Perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Saya tidak lah sepandai tupai yang bijak menipu orang, tapi dalam kos ni boleh la kekalkan pointer yang tak seberapa. Walau apa pun, saya tetap happy go lucky punya orang dan bukan jenis yang suka menggelabah macam "Pendek Gemok" saya.. hahaha
Ini rupa saya yang tak Hensem ni..
Walaupun tak hensem, apa lah saya nak ambil kisah janji ada muka dan rupa macam ni boleh hidup.. bersyukurlah apa yang ada, jangan sesekali tidak bersyukur dengan apa yang anda miliki. hmmm, bosan la cerita pasal diri sendiri.. Okay, saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman saya sepanjang kehidupan saya selama 20 tahun ni,. dalam hidup ini penuh dengan pancaroba, adakalanya diri kita akan kecundang dan akan mendaki keatas semula.. Perkara yang paling mencabar dalam hidup saya adalah mengharungi kehidupan tanpa seorang bapa dan hidup susah bersama 3 adik-beradik saya sewaktu kecil. Walaupun susah kami hidup bahagia sepertimana orang lain yang mempunyai bapa sewaktu kecil. Semasa disekolah rendah, perkara yang paling saya minati adalah menjadi bisnessman menjual nasi lemak..hahahaha... pada masa tu saya dapat memegang duit yang banyak sangat sehinggakan ibu saya pening dgn saya, asal balik sekolah je hasil jualan mesti berkurangan sebabnya saya pakai duit nasi lemak untuk beli jajan kat tepi-tepi sekolah tu. itulah perkara paling adventure dalam hidup saya.
Bila umur meningkat macam-macam lah saya belajar dan perubahan kehidupan saya sikit-sikit menjadi senang. Bila dah besar mula lah menggatal. Awek sana awek sini tapi habok pun tak da.. Tapi pilihan saya kali ni insyaAllah akan kekal selamanya. Adakalanya kami bergaduh, adakalanya kami gembira.. bak kata pepatah suka duka bersama kita harungi.. aiceh mengelemang bulu keti aku.. Apa yang penting saya suka dia dan sudah diterima baik oleh kedua-dua ibu bapa kami.
Inilah dia 'Pendek Gemok' saya
P/s : Love you 'Pendek Gemok'... Hahahaha