10.26.2012

Snow World Baru Genting Highlands!


Pernah dengar tak berita mengenai pembukaan Snow World baru di Genting Higlands?
Dikatakan banyak perubahan yang dilakukan oleh Genting untuk pelangannya merasai musim sejuk yang hampir sama di luar negara sana.
Tak sabar rasanya untuk aku merasainya sendiri

Apakah perubahan yang dilakukan oleh Genting?

1. The Winter Downtown + World Heritage Concept

Nampak tak gambar di atas? Seperti itulah yang anda akan dapat rasai nanti. Anda akan merasai seakan-akan berjalan di Itali, Perancis, Sepanyol dan England kerana pelbagai gabungan kedai dan bangunan yang dibina di sini.

2. LED Light Animation Scheme



Kehebatan lampu yang dipasang di dalam Snow World ini mampu menggubah siang kepada malam dan anda akan merasai perubahannya seakan-seakan anda berada di luar negara.

3. The lookout point

 Akan terdapat banyak posisi yang menarik untuk anda mengambil gambar sebagai kenangan, terutamanya di Istana di mana anda akan dapat melihat keseluruhan Genting Highland ini.

4. Warm House


Terlalu sejuk untuk berjalan? Jangan risau, anda boleh memanaskan kembali badan anda di dalam rumah panas yang disediakan ini. Anda pasti akan berasa tenang.

Jadi berapakah harga yang perlu anda bayar untuk merasai pengalaman ini?

Ticket price is inclusive of jacket, boots, gloves and all sizes are subject to availability.
Category
Normal (RM)
Genting Rewards Card (RM)
Adult
25.00
23.00
Child / Senior Citizen
23.00
21.00
 
 Jadi jangan lepaskan peluang. Ambillah kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan merasai pengalaman baru.

...

No comments: