Alright guys, mungkin dah lama aku tak menulis dekat sini.. hmmm,,, kali ni aku ingin menulis tentang pengalaman aku di Awana Genting Long House. Actually, aku telah menyertai sebuah peraduan untuk menyertai sekumpulan blogger bagi menikmati suasana disini. Aku ingin mengucapkan berbanyak Terima Kasih kepada Syarikat Nuffnang Sdn Bhd kerana telah menaja kami sepanjang perjalanan disana.
Awana Genting Long House
(Ini adalah gambar yang di download dari google image..)
Okay, apa yang menarik dekat sini. First, bila kali pertama aku jejak kaki dekat sini, aku rasa fresh gila sebab udara dekat sini sangat segar dan paling aku pelik, aku tak pernah sampai dekat sini. Rupa-rupanya kawasan ni sebenarnya terpencil ke dalam dan berdekatan dengan Hotel Awana Genting Resort. Menurut pengurus dekat sini kata, Awana Long House ini sebenarnya tempat yang amat sesuai sekali untuk menjalankan aktiviti-aktiviti advanture. Sebabnya kawasan disini memang telah tersedia pelbagai aktiviti yang sungguh menarik antaranya Treasure Hunt, Night Walk, Junggle Tracking dan banyak lagi la. Okay, aku tak nak la cerita panjang pasal sejarah tempat ni. Boringg...
Rajawali Restraunt
Nampak macam menarik kan.. hmmm ini adalah hidangan makan tengahari untuk aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Memang best gila sampai dekat sini, memang aku tidak jangka dekat restaurant ni terdapat pelbagai jenis makanan yang telah dihidangkan disini. Serious puas hati beb, tapi apakan daya nafsu aku time ni tak kuat sebab tak selera dan sakit perut,haha... tapi apa-apa pun memamg puas hati la makan dekat sini.
Awana Long House, Suasana Petang.
Kira-kira 6.30 p.m, korang tengok la sendiri. Sebenarnya kabus yang datang dekat sini bukanya kabus, tetapi awan yang selepas turunya hujan kata pengurus sini la. Memang waktu ni sejuk sangat, menggigil dibuatnya. sejuk-sejuk macam ni, aku dengan blogger lain turun pergi makan dekat Restaurant Ikan Bakar yang berdekatan dengan Long House ni. Kami semua dihidangkan jamuan makan yang begitu enak dan lazat.
belum habis lagi, ini baru part 1....... ada lagi cerita menarik yang belum aku ceritakan..
jumpa lagi guys,, cheers :)
Kimsyaf@Syafiq ismail.............................................................................................
1 comment:
miss the long house.. miss you guys... miss gelak ketawa sama2.. huaaaaaaaaaaaaaaaaa
Post a Comment